Ahad, 28 Oktober 2012

SK KESANG MENGENANG TRAGEDI BERDARAH BUKIT KEPONG

TRAGEDI BERDARAH BUKIT KEPONG DLM KENANGAN 
WARGA SK KESANG LEDANG

Sebagai usaha murni untuk menanamkan sikap patriotik dan semangat cintakan negara di kalangan murid dan guru, pihak Galeri Sejarah SK Kesang Ledang telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan satu sudut/ ruang dalam galeri yang memuatkan pelbagai kisah tentang Tragedi Bukit Kepong. Dengan paparan ini, maka diharap murid-murid dan warga    SK Kesang dapat menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air ini yang telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan Tanah Melayu/ Malaya pada masa itu







Model Balai Polis Bukit Kepong, Muar 1950






 
Bagi menambahkan penghayatan murid dan warga guru, pihak pengurusan galeri yang diketuai oleh penyelaras/ kuratornya Cikgu Ahmad Zamri Bin Kemat ( Guru Cemerlang KH) dan dibantu oleh Cikgu Samsul, Cikgu Nurul Aminah Mohd Kepli serta guru-guru lain telah berjaya mewujudkan satu sudut yang lengkap dengan memaparkan segala yang berkaitan dengan tragedi serangan tersebut.










TRAGEDI BERDARAH BUKIT KEPONG


MENGENANG TRAGEDI SERANGAN KEJAM 
KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG, MUAR PADA AWAL PAGI TANGGAL 23 FEBRUARI 1950

Peristiwa Bukit Kepong adalah kisah benar yang
berlaku pada  awal subuh 23 Februari 1950. Peristiwa sedih ini telah mengorbankan 26 nyawa terdiri daripada
19 orang anggota Polis dan anggota AP, 3 isteri anggota polis,  2 orang anak anggota serta 2 orang awam.

     Selepas Jepun menyerah kuasa kepada British pada tahun 1945,anasir pelampau dan komunis di Tanah
Melayu cuba menuntut kuasa  pemerintah daripada
British. Pengganas  komunis telah melakukan  tindakan dan kekerasan serta kezaliman bagi mencapai hasrat mereka.  Darurat akhirnya diistiharkan pada 1948 dan Parti Komunis  Malaya (PKM) telah diharamkan. Setelah itu PKM telah  memulakan  gerakan bawah tanah.
    
     Kegiatan pengganas  komunis telah mengancam
keselamatan rakyat. Rumah dan harta rakyat dimusnah dan dirampas.  Rakyat didalam ketakutan tetapi
semangat  mereka tidak mudah digugat dan dikuasai oleh pengganas komunis. Anak muda diluar bandar yang lain juga menyahut seruan  pihak berkuasa untuk menjadi anggota Pasukan Polis  dan Polis Bantuan ( AP ) bagi mempertahankan negara ( Tanah Melayu ).


      Kesan pengisytiharan darurat menyebabkan bekalan anggota komunis terputus. Pertubuhan mereka kucar kacir apabila berterusan menerima  tekanan hebat dari pasukan keselamatan.Mereka bertindak mencari  sasaran-sasaran lemah dan terpencil. Satu daripadanya ialah Balai Polis Bukit Kepong Ulu Sungai Muar.  Balai Polis Bukit Kepong yang terletak lebih kurang          37 batu dari Bandar Muar ketika itu hanya dapat                dihubungi  melalui jalan sungai. Pihak komunis bercadang untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong bagi membalas dendam setelah mereka menerima kekalahan teruk  ditangan pasukan keselamatan dalam satu serangan  di Labis pada awal tahun 1950. Dalam serangan itu 23 orang  komunis terbunuh dan 17 cedera.
Serangan tersebut  bertujuan member semangat
anggota mereka yang kian lemah akibat kekalahan yang dialami selepas serangan itu.

Pada 23 Februari 1950 iaitu hari kedua Tahun Baru Cina, pengganas komunis seramai kira-kira 180 orang telah mengepung dan menyerang Balai Polis Bukit                 Kepong. Balai yang terletak dilereng bukit dan                   berhadapan dengan Sungai Muar telah dipertahankan oleh 18 orang anggota polis dengan dibantu 5 orang anggota  AP    
( Polis Bantuan ). Diberek pula anggota
polis yang tidak bertugas juga turut mengangkat
senjata melawan serangan komunis, malah ada isteri mereka yang telah mengambil alih tugas mengangkat senjata menembak ke arah komunis setelah suami mereka terkorban.

Orang-orang kampung yang diketuai oleh Penghulu Ali Bin Mustafa telah datang memberi bantuan apabila mengetahui Balai Polis Bukit Kepong telah diserang.
Komunis pada awalnya menyangka mereka dapat menawan balai tersebut dengan mudah kerana
mempunyai kekuatan sepuluh kali ganda berbanding pasukan polis. Namun mereka tersilap. Memandangkan kuatnya pertahanan balai dan berek, komunis mula menggunakan taktik kotor



Mereka sanggup membunuh isteri dan anak-anak anggota polis yang tidak berdosa dengan membakar berek dan menggunakan isteri dan anak-anak polis

sebagai tawanan dengan ancaman muncung senjata dan menyeru anggota polis yang bertahan supaya
menyerah kalah.

Dalam perjuangan yang memakan masa selama 4 jam setengah lamanya, ramai anggota polis telah
terkorban manakala ramai juga pengganas komunis yang berjaya dibunuh ketika serangan itu. Hanya 4 anggota polis yang terselamat, namun mereka mendapat cedera parah. Mereka telah mencapai
membakar balai dan berek. Bahkan yang menyedihkan seorang anak anggota polis yang masih kecil telah
kemenangan di dalam kekalahan. Menang dengan semangat tidak mengaku kalah untuk mempertahankan Tanah Melayu negara tercinta daripada ancaman komunis, tetapi kalah kerana jumlah kekuatan yang anggota polis turut hangus dijilat api yang marak terkorban turut hangus terbakar. Begitu juga dengan mayat isteri tidak standing dengan mereka. Menjelang pagi, berek kelamin dan balai polis telah musnah terbakar. Beberapa mayat anggota polis yang dan anak-anak
dicampak hidup-hidup ke dalam api yang sedang marak itu oleh pengganas komunis yang tidak berhati perut itu. Walaupun berjaya membakar balai,
pengganas  komunis masih tidak berpuas hati dengan
kemenangan itu lalu mereka merompak
Pejabat Penghulu dan kedai-kedai berhampiran balai.
Walaupun kalah daripada segi nyawa dan fizikal, tetapi pihak polis telah menang daripada segi moral dan             maruah  kerana berjaya mempertahankan balai polis daripada jatuh mudah ke tangan komunis.
Hasil perjuangan, keberanian, kesetiaan dan  pengorbanan mereka inilah yang perlu dikenang dan dicontohi oleh generasi kini. Sesungguhnya
pengorbanan dan jasa wira-wira Bukit Kepong ini akan tetap dikenang dalam lipatan sejarah tanah air.



JAWATANKUASA GALERI SEJARAH SK KESANG SESI 2012/2013


CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA
GALERI SEJARAH
SK KESANG LEDANG, JOHOR
SESI 2012/ 2013


PENAUNG
Pn Hajah Masitah Binti Adenan
GURU BESAR SK KESANG

PENGERUSI
Pn. Hajah Zabedah Binti Sahat
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

KURATOR
En. Ahmad Zamri Bin Kemat

PENOLONG KURATOR
Pn. Nurul Aminah Binti Mohd Kepli
Miss Yinshi Lerman Tan ( GURU ETA )

SETIAUSAHA
En Samsul Bin Salleh

AHLI JAWATANKUASA

KESELAMATAN & MAKLUMAT
En. Huzaifah Bin Ismail

KECERIAAN & KEBERSIHAN
Pn. Jamilah Naemat
Cik Noor Syazwani Binti Zakaria

BAHAN & ARTIFAK
En Ahmad Adnan Bin Pujiman
En. Mohd Najib Bin Haji Tajudin ( AJK PIBG )
En. Rokman Bin Abu Bakar ( AJK PIBG )

PROMOSI & SIARAYA
Pn. Julia Binti Esnin

GALERI SEJARAH SK KESANG LEDANG


GALERI SEJARAH SK KESANG LEDANG mula dibuat pada pertengahan bulan Disember 2011. Galeri ini adalah berasal daripada pejabat pentadbiran sekolah yang terletak di blok lama bersebelahan dengan kelas PRA Sekolah.